Isnin, 31 Julai 2017

Mesyuarat Pentabiran Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan


MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN MASJID AR-RAHIMAH BIL.3/2017

                              Tarikh           :         28 Julai 2017 (Jumaat)

                              Masa            :         9.30 malam

                              Tempat         :         Bilik Mesyuarat
 Masjid Ar-Rahimah
 Kampung Pandan
                                                 
___________________________________________________________________

KEHADIRAN

  1. En. Wan Huzaifah bin Wan Hasbullah                         -         Pengerusi
    Imam

  1. Tn. Hj. Zakariya bin Mohd Sukor
    Imam Ratib 1

  1. En. Khairulfikri bin Mokhtarudin
Imam Ratib 2

  1. Tn. Hj. Ahmad bin Alimoon
    Imam Rakyat

  1. En. Mohd Khusaini bin Norizan
    Pembantu Bilal 1

  1. En. Che Mohamad Khairuldin bin Che Hussin
    Pembantu Bilal 2

  1. Tn. Hj. Jaharudin Khan bin Bismillah Khan
    Noja

  1. En. Mohd Nirwan bin Ismail                                       -         Pencatat Minit
    Ketua Bilal


TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

  1. En. Muhammad Firdaus bin Kamal
    Bilal Rakyat




1.               UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan salam serta bacaan Al-Fatihah dan doa.

Tindakan: Makluman

2.               PENGESAHAN MINIT MESYUARAT    

2.1           Encik Khairulfikri bin Mokhtarudin  mencadangkan minit mesyuarat Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah Bil.2/2017 disahkan.

2.2           Encik Che Mohammad Khairuldin Bin Che Hussin menyokong cadangan yang telah dikemukakan.


3.              PERKARA BERBANGKIT


3.1           Ketua Imam

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan melantik seorang kerani pentadbiran kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017 sebagai langkah meringankan beban tugas pentadbiran.

Tindakan: Imam
3.2           Elaun

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan penetapan elaun sebanyak RM20/waktu solat bagi semua imam dan bilal yang bertugas dimusim Aidilfitiri seperti di Lampiran A kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017

Tindakan: Imam





3.3          Penetapan Bilik Pentadbiran Zon 3

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan perubahan nama bilik Pentadbiran Zon 3 kepada nama Bilik Pegawai Syarak dalam mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.

Tindakan: Imam


4.              HAL-HAL LAIN

4.1           Jadual Giliran Imam bilal selepas Aidiladha

Mesyuarat bersetuju untuk membuat pelarasan penggiliran Imam dan bilal Aidiladha (khas 26 Julai hingga 3 Julai 2017).

Tindakan: Semua

4.2           Penetapan Waktu Solat Aidiladha

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan penetapan waktu solat Aidiladha kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.

Tindakan: Imam

4.3          Perkara yang akan dibawa ke Mesyuarat AJK 
         
4.3.1     Kapasitor Bank.

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Haji Ahmad bin Alimoon untuk menyediakan Kapasitor Bank di Masjid.

4.3.2     Sistem Alat Siaraya

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan seorang pakar Sistem Alat Siaraya bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku.

4.3.3     Uniform Pegawai Syarak

Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan uniform seperti di Lampiran A.
Tindakan: Imam




4.3.4     Almari Jubah

Mesyuarat bersetuju untuk menambah satu lagi unit almari di bilik Pegawai Syarak.

4.3.5     Elaun Mesyuarat

Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan elaun sebanyak RM50.00 dan makanan setiap kali mesyuarat diadakan.

Tindakan: Imam


1.4           Penambahan Tugas Bilal

Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan speaker luar di khaskan ketika azan dan pengumuman sahaja.
Tindakan: Semua Bilal

           

5.              PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr serta Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

Tindakan: Makluman



Disediakan oleh:



(MOHD NIRWAN BIN ISMAIL) 
Ketua Bilal
Masjid Ar-Rahimah

Disahkan oleh:



(WAN HUZAIFAH BIN WAN HASBULLAH) 
Imam
Masjid Ar-Rahimah







LAMPIRAN A

SENARAI NAMA YANG BELUM BUAT UNIFORM MASJID

BIL
NAMA
JENIS UNIFORM
BAJU MELAYU
JUBAH
BAJU KORPORAT
1
Mohd Nirwan Bin Ismail


2
En. Che Mohamad Khairuldin bin Che Hussin

3
Muhammad Firdaus bin Kamal



Tiada ulasan:

Catat Ulasan