Jumaat, 21 Julai 2017

Makan Tengah Hari Aidilfitri Masjid Ar-Rahimah





Makan Tengah Hari Aidilfitri


20 Julai 2017 (Khamis) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan Program Makan Tengah Hari Aidilfitri 1438H. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan mengimarahkan masjid umumnya dan khususnya meraikan semua lapisan masyarakat termasuk para penyumbang masjid dalam merayakan Aidilfitri pada tahun ini.

Kehadiran program ini adalah seramai kira-kira 1000 orang lelaki dan wanita

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang hadir dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan