Program Rai Jemaah Haji
21 Julai 2017 (Jumaat) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat telah mengadakan Program Sumbangan bagi meraikan bakal Jemaah Haji pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan bagi menyampaikan hasrat Y.Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani untuk memberikan sumbangan kepada bakal jemaah haji pada kali ini.
Jumlah penerima sumbangan ialah seramai 24 orang.
Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bakal jemaah haji pada tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan