MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN MASJID AR-RAHIMAH BIL.3/2017
Tarikh : 28 Julai 2017 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik
Mesyuarat
Masjid
Ar-Rahimah
Kampung
Pandan
___________________________________________________________________
KEHADIRAN
- En.
Wan Huzaifah bin Wan Hasbullah - Pengerusi
Imam
- Tn.
Hj. Zakariya bin Mohd Sukor
Imam Ratib 1
- En.
Khairulfikri bin Mokhtarudin
Imam
Ratib 2
- Tn. Hj. Ahmad bin Alimoon
Imam Rakyat
- En.
Mohd Khusaini bin Norizan
Pembantu Bilal 1
- En. Che Mohamad
Khairuldin bin Che Hussin
Pembantu Bilal 2
- Tn.
Hj. Jaharudin Khan bin Bismillah Khan
Noja
- En.
Mohd Nirwan bin Ismail - Pencatat Minit
Ketua Bilal
TIDAK
HADIR DENGAN KENYATAAN
- En. Muhammad Firdaus bin
Kamal
Bilal Rakyat
1.
UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan
memulakan mesyuarat dengan salam serta bacaan Al-Fatihah dan doa.
Tindakan: Makluman
2.
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1
Encik Khairulfikri bin
Mokhtarudin mencadangkan minit mesyuarat Pentadbiran
Masjid Ar-Rahimah Bil.2/2017 disahkan.
2.2
Encik
Che Mohammad Khairuldin Bin Che Hussin menyokong cadangan yang telah dikemukakan.
3.
PERKARA BERBANGKIT
3.1
Ketua Imam
Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan melantik
seorang kerani pentadbiran kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017
sebagai langkah meringankan beban tugas pentadbiran.
Tindakan: Imam
3.2
Elaun
Mesyuarat
bersetuju untuk membawa cadangan penetapan elaun sebanyak RM20/waktu
solat bagi semua imam dan bilal yang bertugas dimusim Aidilfitiri seperti
di Lampiran A kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017
Tindakan: Imam
3.3
Penetapan Bilik Pentadbiran Zon 3
Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan
perubahan nama bilik Pentadbiran Zon
3 kepada nama Bilik Pegawai Syarak dalam
mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.
Tindakan: Imam
4.
HAL-HAL LAIN
4.1
Jadual Giliran Imam bilal selepas Aidiladha
Mesyuarat bersetuju untuk membuat pelarasan
penggiliran Imam dan bilal Aidiladha (khas 26 Julai hingga 3 Julai 2017).
Tindakan: Semua
4.2
Penetapan Waktu Solat Aidiladha
Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan penetapan
waktu solat Aidiladha kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.
Tindakan: Imam
4.3
Perkara yang akan dibawa ke Mesyuarat AJK
4.3.1
Kapasitor Bank.
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Haji Ahmad bin Alimoon untuk
menyediakan Kapasitor Bank di Masjid.
4.3.2
Sistem Alat Siaraya
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan seorang
pakar Sistem Alat Siaraya bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku.
4.3.3
Uniform Pegawai Syarak
Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan uniform seperti di Lampiran A.
Tindakan: Imam
4.3.4
Almari Jubah
Mesyuarat bersetuju untuk menambah satu lagi unit almari di bilik
Pegawai Syarak.
4.3.5
Elaun Mesyuarat
Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan elaun sebanyak RM50.00 dan
makanan setiap kali mesyuarat diadakan.
Tindakan: Imam
1.4
Penambahan Tugas Bilal
Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan speaker luar di khaskan ketika azan dan pengumuman sahaja.
Tindakan: Semua Bilal
5.
PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 11.00 malam dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr serta
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
Tindakan: Makluman
Disediakan oleh:
(MOHD NIRWAN BIN
ISMAIL)
Ketua Bilal
Masjid Ar-Rahimah
|
Disahkan oleh:
(WAN HUZAIFAH BIN WAN
HASBULLAH)
Imam
Masjid Ar-Rahimah
|
LAMPIRAN A
SENARAI NAMA YANG BELUM BUAT UNIFORM
MASJID
BIL
|
NAMA
|
JENIS
UNIFORM
|
||
BAJU
MELAYU
|
JUBAH
|
BAJU
KORPORAT
|
||
1
|
Mohd Nirwan Bin Ismail
|
√
|
||
2
|
En. Che Mohamad Khairuldin bin Che Hussin
|
√
|
√
|
|
3
|
Muhammad Firdaus bin Kamal
|
√
|
√
|
√
|