Khamis, 30 November 2017

MAJLIS ILMU 2




Majlis Ilmu

22 November 2017 (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah telah menganjurkan lagi program majlis ilmu pada kali ini.

Program majlis ilmu pada kali ini adalah bersempena hari ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada program ini.


MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID AR-RAHIMAH BIL.9/2017

Kuliah Maghrib Khas Masjid Ar-Rahimah



Jumaat, 24 November 2017

Ziarah Anak Kariah



Ziarah Anak Kariah

22 November 2017 (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah telah mengorak langkah lagi dengan mengadakan Program Ziarah Anak Kariah Masjid ini.

Penyertaan program ini adalah khas kepada anak-anak kariah yang memerlukan sahaja.

Dua buah rumah terpilih untuk diziarahi pada kali ini.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada program ini termasuk kepada pihak yang memberikan maklumat kepada pihak masjid ini.

Ahad, 22 Oktober 2017

Lawatan KPPK Baru






KUNJUNGAN YBRS. KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BPM

20 Oktober 2017 (Jumaat) – Masjid Ar-Rahimah telah menerima kunjungan daripada KPPK, Ustaz Mohd Fadzil dari Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.

Lawatan ini merupakan lawatan permulaan yang mana KPPK baru ditempatkan sebagai pegawai yang menggantikan Ustaz Jaafar bin Ismail yang telah dinaikkan pangkat ke S54. Lawatan ini juga mengeratkan silaturahim diantara Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah dan Pegawai-pegawai Masjid Ar-Rahimah.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Ustaz Mohd Fadzil dan semua yang terlibat dalam lawatan pada kali ini.

Jumaat, 15 September 2017

Ziarah Anak Kariah



Ziarah Anak Kariah

13 September 2017 (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah telah mengorak langkah lagi dengan mengadakan Program Ziarah Anak Kariah Masjid ini.

Penyertaan program ini adalah khas kepada anak-anak kariah yang memerlukan sahaja.

Dua buah rumah terpilih untuk diziarahi pada kali ini.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada program ini termasuk kepada pihak yang memberikan maklumat kepada pihak masjid ini.

Rabu, 13 September 2017



Tazkirah hari ini.

Hadis berkaitan hak.
Ada 76 hadis yang berkaitan hak.

Dari Abi Hurairah RA, bahawa Nabi telah berkata: حق المسلم علي المسلم ست.  اذا لقيته فسلم. وإذا استنصحك فانصح...

1. Bagi salam bila bertemu.
2. Bila dijemput, hendaklah penuhi jemputan.
3. Apabila sahabat minta nasihat, hendaklah beri nasihat.
4. Apabila saudara bersin maka jawab
5. Apabila dia tidak sihat, ziarahilah
6. Apabila mati, maka hendaklah ikut (ziarah)

Khamis, 7 September 2017

Program Yasin dan Solat Hajat 2017


Program Yasin dan Solat Hajat UPSR/UPKK/USPRA

7 September 2017 (Khamis) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Tun Hussien Onn, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dan KAFA Masjid Ar-Rahimah telah mengadakan Yasin dan Solat Hajat bagi mendoakan kejayaan anak-anak dibawah kariah masjid ini dalam menghadapi peperiksaan pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan diantara pihak masjid dan pihak sekolah serta ibu bapa. Selain itu, program ini adalah satu usaha untuk membuktikan kebersamaan masjid dan masyarakat sekitar Desa Pandan ini.

Jumlah kehadiran seramai 1000 orang pada kali ini.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang bersama-sama pihak masjid dalam mengimarahkan rumah Allah yang tercinta ini.

Ahad, 20 Ogos 2017




Mesyuarat Khas Jawatankuasa dan Pentadbiran 16 Ogos 2017

Isnin, 31 Julai 2017

Mesyuarat Pentabiran Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan


MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN MASJID AR-RAHIMAH BIL.3/2017

                              Tarikh           :         28 Julai 2017 (Jumaat)

                              Masa            :         9.30 malam

                              Tempat         :         Bilik Mesyuarat
 Masjid Ar-Rahimah
 Kampung Pandan
                                                 
___________________________________________________________________

KEHADIRAN

  1. En. Wan Huzaifah bin Wan Hasbullah                         -         Pengerusi
    Imam

  1. Tn. Hj. Zakariya bin Mohd Sukor
    Imam Ratib 1

  1. En. Khairulfikri bin Mokhtarudin
Imam Ratib 2

  1. Tn. Hj. Ahmad bin Alimoon
    Imam Rakyat

  1. En. Mohd Khusaini bin Norizan
    Pembantu Bilal 1

  1. En. Che Mohamad Khairuldin bin Che Hussin
    Pembantu Bilal 2

  1. Tn. Hj. Jaharudin Khan bin Bismillah Khan
    Noja

  1. En. Mohd Nirwan bin Ismail                                       -         Pencatat Minit
    Ketua Bilal


TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

  1. En. Muhammad Firdaus bin Kamal
    Bilal Rakyat




1.               UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan salam serta bacaan Al-Fatihah dan doa.

Tindakan: Makluman

2.               PENGESAHAN MINIT MESYUARAT    

2.1           Encik Khairulfikri bin Mokhtarudin  mencadangkan minit mesyuarat Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah Bil.2/2017 disahkan.

2.2           Encik Che Mohammad Khairuldin Bin Che Hussin menyokong cadangan yang telah dikemukakan.


3.              PERKARA BERBANGKIT


3.1           Ketua Imam

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan melantik seorang kerani pentadbiran kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017 sebagai langkah meringankan beban tugas pentadbiran.

Tindakan: Imam
3.2           Elaun

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan penetapan elaun sebanyak RM20/waktu solat bagi semua imam dan bilal yang bertugas dimusim Aidilfitiri seperti di Lampiran A kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017

Tindakan: Imam





3.3          Penetapan Bilik Pentadbiran Zon 3

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan perubahan nama bilik Pentadbiran Zon 3 kepada nama Bilik Pegawai Syarak dalam mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.

Tindakan: Imam


4.              HAL-HAL LAIN

4.1           Jadual Giliran Imam bilal selepas Aidiladha

Mesyuarat bersetuju untuk membuat pelarasan penggiliran Imam dan bilal Aidiladha (khas 26 Julai hingga 3 Julai 2017).

Tindakan: Semua

4.2           Penetapan Waktu Solat Aidiladha

Mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan penetapan waktu solat Aidiladha kepada mesyuarat jawatankuasa bil.5/2017.

Tindakan: Imam

4.3          Perkara yang akan dibawa ke Mesyuarat AJK 
         
4.3.1     Kapasitor Bank.

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Haji Ahmad bin Alimoon untuk menyediakan Kapasitor Bank di Masjid.

4.3.2     Sistem Alat Siaraya

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan seorang pakar Sistem Alat Siaraya bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku.

4.3.3     Uniform Pegawai Syarak

Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan uniform seperti di Lampiran A.
Tindakan: Imam




4.3.4     Almari Jubah

Mesyuarat bersetuju untuk menambah satu lagi unit almari di bilik Pegawai Syarak.

4.3.5     Elaun Mesyuarat

Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan elaun sebanyak RM50.00 dan makanan setiap kali mesyuarat diadakan.

Tindakan: Imam


1.4           Penambahan Tugas Bilal

Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan speaker luar di khaskan ketika azan dan pengumuman sahaja.
Tindakan: Semua Bilal

           

5.              PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr serta Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

Tindakan: Makluman



Disediakan oleh:



(MOHD NIRWAN BIN ISMAIL) 
Ketua Bilal
Masjid Ar-Rahimah

Disahkan oleh:



(WAN HUZAIFAH BIN WAN HASBULLAH) 
Imam
Masjid Ar-Rahimah







LAMPIRAN A

SENARAI NAMA YANG BELUM BUAT UNIFORM MASJID

BIL
NAMA
JENIS UNIFORM
BAJU MELAYU
JUBAH
BAJU KORPORAT
1
Mohd Nirwan Bin Ismail


2
En. Che Mohamad Khairuldin bin Che Hussin

3
Muhammad Firdaus bin Kamal



Selasa, 25 Julai 2017










Program Rai Jemaah Haji


21 Julai 2017 (Jumaat) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat telah mengadakan Program Sumbangan bagi meraikan bakal Jemaah Haji pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan bagi menyampaikan hasrat Y.Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani untuk memberikan sumbangan kepada bakal jemaah haji pada kali ini.

Jumlah penerima sumbangan ialah seramai 24 orang.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bakal jemaah haji pada tahun ini.

Jumaat, 21 Julai 2017

Makan Tengah Hari Aidilfitri Masjid Ar-Rahimah





Makan Tengah Hari Aidilfitri


20 Julai 2017 (Khamis) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan Program Makan Tengah Hari Aidilfitri 1438H. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan mengimarahkan masjid umumnya dan khususnya meraikan semua lapisan masyarakat termasuk para penyumbang masjid dalam merayakan Aidilfitri pada tahun ini.

Kehadiran program ini adalah seramai kira-kira 1000 orang lelaki dan wanita

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang hadir dalam menjayakan program ini.