Isnin, 12 Jun 2017

Program Nur Ramadan


Program Nur Ramadan

7 Jun 2017 (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama islam Wilayah persekutuan, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa telah mengadakan Program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Titiwangsa. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan mengimarahkan masjid umumnya dan khususnya memberi sumbangan kepada lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Penyertaan program ini adalah seramai kira-kira 2000 orang lelaki dan wanita


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan