Isnin, 3 Julai 2017

ZIARAH MANTAN PENGERUSI MASJID






Ziarah Anak Kariah

3 Julai 2017 (Isnin) – Masjid Ar-Rahimah telah mengorak langkah lagi dengan mengadakan Program Ziarah Anak Kariah Masjid ini. Pada kali ini, pihak Masjid Menziarahi Mantan Pengerusi Masjid, Mejar Ismail bin Abdul Jalil.

Program ini bertujuan membuktikan bahawa pihak jawatankuasa dan pentadbiran masjid tidak 'syok sendiri' dalam melaksanakan program-program mengimarahkan masjid sahaja. Malah pihak masjid prihatin terhadap keperluan anak kariah dalam menyediakan keperluan-keperluan asas.

Penyertaan program ini adalah khas kepada anak-anak kariah yang memerlukan sahaja.


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada program ini.

Rabu, 21 Jun 2017

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 1438H


Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 1438H

20 Jun 2017 (Selasa) – Masjid Ar-Rahimah telah mengadakan melaksanakan majlis khatam Al-Quran yang dirasmikan oleh Datuk Affendi Zahari, Pengerusi Perbadanan Kampung Baru.

Program ini bertujuan meraikan golongan masyarakat Kampung Pandan yang sentiasa gigih dan istiqomah dalam mengimarahkan Masjid ini dengan tadarus dan tilawah Al-Quran.

Pihak Masjid mendapat tajaan dan sumbangan dari YBhg. Dato' Seri Matshah bin Safuan bagi menjayakan program ini.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Seri dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ahad, 18 Jun 2017

Program Sumbangan Dato' Seri Matshah bin Safuan










Sumbangan Ramadan 1438H

17 Jun 2017 (Sabtu) – Masjid Ar-Rahimah telah mengorak langkah lagi dengan mengadakan Sumbangan dibulan Ramadan Al-Mubarak.

Program ini bertujuan membuktikan bahawa pihak jawatankuasa dan pentadbiran masjid sentiasa prihatin terhadap keperluan anak kariah dalam menyampaikan sumbangan-sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pihak Masjid mendapat tajaan dan sumbangan dari YBhg. Dato' Seri Matshah bin Safuan bagi menjayakan program ini.

Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato' Seri dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jumaat, 16 Jun 2017

RAMADAN 1438H







Ramadan 1438H

16 Jun 2017 (Selasa) – Iftar Masjid Ar-Rahimah.

Rabu, 14 Jun 2017

Mesyuarat Quran Hour Masjid Ar-Rahimah


MESYUARAT QURAN HOUR MASJID AR-RAHIMAH

                              Tarikh           :         14 Jun 2017 (Rabu)

                              Masa            :         2.30 malam

                              Tempat         :         Bilik Mesyuarat
                                                             Masjid Ar-Rahimah,
                                                             Kampung Pandan









Selasa, 13 Jun 2017

RAKAMAN TAKBIR AIDILFITRI PPZ DI MASJID AR-RAHIMAH






14 Jun 2017 (Rabu) – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan rakaman takbir Aidilfitri pada hari ini. Rakaman ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PPZ Kuala Lumpur kerana memilih Masjid Ar-Rahimah sebagai tempat yang terbaik untuk mengadakan rakaman pada kali ini.

MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID AR-RAHIMAH BIL.5/2017


MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID AR-RAHIMAH BIL.5/2017

                              Tarikh           :         12 Jun 2017 (Isnin)

                              Masa            :         10.45 malam

                              Tempat         :         Bilik Mesyuarat
                                                             Masjid Ar-Rahimah,
                                                             Kampung Pandan