Isnin, 12 Jun 2017

Ziarah Anak Kariah



Ziarah Anak Kariah

11 Jun 2017 (Ahad) – Masjid Ar-Rahimah telah mengorak langkah lagi dengan mengadakan Program Ziarah Anak Kariah Masjid ini.

Program ini bertujuan membuktikan bahawa pihak jawatankuasa dan pentadbiran masjid tidak 'syok sendiri' dalam melaksanakan program-program mengimarahkan masjid sahaja. Malah pihak masjid prihatin terhadap keperluan anak kariah dalam menyediakan keperluan-keperluan asas.

Penyertaan program ini adalah khas kepada anak-anak kariah yang memerlukan sahaja.


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan kepada program ini.

Program Nur Ramadan


Program Nur Ramadan

7 Jun 2017 (Rabu) – Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama islam Wilayah persekutuan, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa telah mengadakan Program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Titiwangsa. Program ini telah diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan mengimarahkan masjid umumnya dan khususnya memberi sumbangan kepada lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Penyertaan program ini adalah seramai kira-kira 2000 orang lelaki dan wanita


Pihak Jawatankuasa dan Pentadbiran Masjid Ar-Rahimah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Khamis, 8 Jun 2017

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN MASJID AR-RAHIMAH

MOHAMAD LUTFI BIN SAAD
KETUA IMAM


WAN HUZAIFAH BIN WAN HASBULLAH
IMAM 2


MOHD NIRWAN BIN ISMAIL
KETUA BILAL


TN. HJ. ZAKARIYA BIN MOHD SHUKOR
IMAM RATIB 1


KHAIRULFIKRI BIN MOKHTARUDIN
IMAM RATIB 2


TN. HJ. AHMAD BIN ALIMOON
IMAM RAKYAT


MOHD KHUSAINI BIN NORIZAN
PEMBANTU BILAL 1

CHE MOHAMAD KHAIRULDIN BIN CHE HUSSIN
PEMBANTU BILAL 2

MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAMAL
BILAL RAKYAT

Rabu, 7 Jun 2017

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA MASJID AR-RAHIMAH KAMPUNG PANDAN


Tn. Hj. Mohd Shah bin Hasim AMN

Pengerusi


 Tn. Hj. Md. Salleh bin Daud PMW
Timbalan Pengerusi



En. Wan Huzaifah bin Wan Hasbulla

Setiausaha


Tn. Hj. Ahmad bin Alimoon

Bendahari

En. Mohd Nor bin Ibrahim KMW

Ahli Jawatankuasa


Tn. Hj. Ismail bin Mohamad

Ahli Jawatankuasa


Tn. Hj. Pakri Mohamed bin Mohd Ismail

Ahli Jawatankuasa

En. Md Johari bin Kamarolzaman
Ahli Jawatankuasa



En. Misbahuddin bin Kusnin

Ahli Jawatankuasa


En. Md Yusof bin Ismail PPW

Ahli Jawatankuasa



En. Mohd Arif bin Mohd Hefini

Ahli Jawatankuasa

Ahad, 12 Mac 2017

Usaha murni Tuan Pengerusi dan Jawatankuasa

Alhamdulillah, kerja-kerja mendapatkan dana sebagai persediaan bagi pembukaan Masjid sedang giat dilaksanakan.


Jutaan Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Haji Ibrahim (Andalusia Travel & Tours) diatas keizinan beliau membenarkan pihak Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah mengadakan tabung bergerak bermula hari Ahad (semalam)  di dalam premis beliau. 

Rabu, 8 Mac 2017

Lawatan YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh




Alhamdulillah, kami Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah telah mendapat kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Pengarah JAWI yang baru pada hari ini.

Terima kasih diucapkan atas kesudian YBrs. Tuan Pengarah kerana melawat Masjid Ar-Rahimah pada hari ini.

Ahad, 5 Mac 2017

Terima Kasih kepada para dermawan! 😊

KAMI JAWATANKUASA MASJID AR RAHIMAH

MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH

DAN 

TAHNIAH DI ATAS SUMBANGAN YANG
TELAH DIBERIKAN. 


SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT SERTA MEMURAHKAN REZEKI. AMIN..